Profil

Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berpengetahuan dan berdaya saing pada peringkat nasional dan global.
  
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti  kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan.  Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti.  Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi.

Menjadikan pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.


Nilai Teras Korporat Bahagian Pendidikan Latihan (Menengah) ialah nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik untuk diterapkan kepada semua warga Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Maktab Rendah Sains MARA dan Kolej MARA.               

Objektif Operasi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
1.1           Menentukan dasar sistem pendidikan MRSM.
1.2           Memastikan dasar sistem pendidikan MRSM di laksanakan.
1.3           Memilih pelajar-pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi.
1.4           Mewujudkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik di MRSM.
1.5           Memilih dan melatih tenaga pengajar yang berketerampilan.
1.6           Membangunkan kurikulum dan sistem pendidikan MRSM.
1.7           Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk meningkatkan kualiti pendidikan MRSM.
1.8           Menerapkan amalan Pengurusan Strategik dalam pengurusan dan pentadbiran.
1.9           Membangunkan program pembangunan pelajar.
1.10        Memastikan peraturan perkhidmatan dan arahan dipatuhi.